Sifat kimia Kava

Sebanyak 18 jenis kumpulan laktona yang dapat dikenalpasti khusus datang dari akar ini dalam suatu kelompok khas iaitu "kavalaktona" (kavalactone), sebanyak 15 daripadanya aktif.[14] Enam jenis kavalaktona iaitu kavain, dihidrokavain, metistisin, dihidrometistisin, yangonin dan desmetoksiyangonin dipercayai mempunyai 96% sifat berubat terkandung dalam tumbuhan ini.[14] Sebatian alkaloid juga didapati pada akar dan daun tumbuhan ini.[15]

Kesan

Peminuman air kava memberikan kesan melegakan dan ketenangan kepada badan tanpa menjejaskan kognisi serta boleh menajamkan pemikiran.[9][16][17][18] Bahkan, peminuman air ini boleh mendorong rasa kantuk selepas beberapa ketika.[19]

Air kava yang disediakan secara tradisi ringkas sekadar dicampur air diiktiraf mempunyai "tahap risiko kesihatan yang rendah" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,[20] ekstrak yang bermutu rendah atau dicampurkan dengan pelarut organik bagaimanapun mampu mendatangkan risiko kesihatan buruk termasuk potensi kegagalan organ hati.[20][21][22]